Aplikasi di Telefon Pintar Yang Dapat Bantu Anda Jimat Duit

Tuesday, September 19, 2017
Aina percaya, sekarang ramai miliki telefon pintar kan? Daripada semurah-murah telefon pintar sehingga semahal-mahal telefon pintar. Telefon pintar kini sudah menjadi keperluan bagi kita smeua terutama bagi yang buat bisnes atas talian.

Bila ada telefon pintar ni, macam-macam aplikasi kita nak muat turun dan install kan? Antara aplikasi wajib seperti facebook, instagram, whatsapp, waktu solat dan macam-macam lagi. Macam mana kalau aina cakap ada satu aplikasi yang sangat best sampai boleh bantu kita untuk jimat masa dan duit!

Aplikasi di Telefon Pintar Yang Dapat Bantu Anda Jimat Duit


Antara aplikasi yang aina suka sangat adalah smart shopper. Smart shopper adalah satu aplikasi yang membantu kita untuk survey harga barang di pasaraya seperti Giant, Tesco, Tunas Manja, Aeon Big, The Store dan macam-macam lagi.

Jadi, tiap kali sebelum aina keluar rumah untuk beli barang (especially susu ammar), memang wajib go through smart shopper dulu.

Aplikasi di Telefon Pintar Yang Dapat Bantu Anda Jimat Duit


Melalui aplikasi ni, senang sangat nak compare harga antara supermarket yang ada. Nak survey sendiri dari kedai ke kedai? memang tak la kan? Selain daripada membazir masa, minyak kereta pun membazir. 

Jadi, nak jimat berbelanja, boleh cuba download apps smart shopper. Sebelum keluar shopping, boleh tengok supermarket mana yang tawarkan harga lebih murah. Compare mana pasaraya tawarkan harga lebih murah atau tengah ada promosi. Bila dah dapat aim pasaraya yang tawarkan harga lebih murah, lagi mudah la nak tahu hala tuju kita kan?

Sebagai contoh macam gambar bawah ni. Bila aina nak keluar beli susu Ammar, memang aina akan compare dulu harga. Sebabkan kat Kuantan ni takde tesco, jadi tunas manja tawarkan harga paling murah jika antara pasaraya di Kuantan. So, terus ajak encik suami ke Tunas Manja! Senang!

Aplikasi di Telefon Pintar Yang Dapat Bantu Anda Jimat Duit
Masa jimat, duit minyak pun jimat. Dan paling penting, suami pun gembira sebab kita berjaya save masa dan duit dia. Betul kan?

Zaman ekonomi gawat ni, semua benda kena berjimat. Jadi berbelanja la dengan bijak! Jangan lupa muat turun aplikasi yang best ni k. Jadilah pengguna yang bijaksana! Kalau korang rasa post ni bermanfaat, jangan lupa share k. Sharing is caring!



FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan



2 comments:

  1. kena download ni.. memang berguna untuk kehidupan seharian ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/09/giveaway-comel-by-syahirah-valiant.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.