6 Tips Tangani Masalah Badan Letih Ketika Hamil

Thursday, February 08, 2018
"Beratnyela rasa badan ni".... "Rasa letih sangat badan ni"...

Sejujurnya itu perasaan aina bila mengandung kali kedua ni. Nak-nak lagi bila masuk 3 series ni, pengalaman mengandung sangat berbeza dengan hamil ketika usia 20an. Hamil diusia 20an, badan rasa lebih relaks dan bertenaga. Tetapi di usia 30an, badan rasa lebih 'malas' dan 'lemau' dan adakalanya menyebabkan rasa sakit-sakit badan walaupun baru di awal kehamilan.

6 Tips Tangani Masalah Badan Letih Ketika Hamil

Nak tahu pengalaman aina hamil di awal trimester? Boleh baca sini:

Dan alhamdulillah kini aina masuk trimester kedua. Dan fasa rasa mual, pening dan sebagainya semua hilang. Dan paling penting rasa letih ketika hamil pun hilang selepas amalkan 6 tips ni.

1) Perbanyakkan aktivti fizikal.


Sejujurnya awal-awal kehamilan aina banyak habiskan masa atas katil. Baring dan tidur! Kesannya badan rasa sangat lemah dan rasa badan sangat berat. Jadi sejak 3 minggu kebelakangan ni aina mula paksa diri untuk bangun dari katil, dan mulakan aktiviti fizikal.

Aktiviti kegemaran aina adalah pergi slow jog dengan suami dan anak. Kenapa aina pilih slow jog? Sebab sambil slow jog aina boleh borak dengan suami. Dan ammar pun boleh ikut pace jogging kami. Dan paling penting, ia sangat baik untuk jaga kesihatan lutut. Slow jog ni aina tengok tertengok satu video professor daripada Jepun yang sangat recommend slow jog berbanding jogging biasa untuk menjaga kesihatan lutut.

6 Tips Tangani Masalah Badan Letih Ketika Hamil
My slow jog partners.

Selain daripada slow jog, anda juga boleh pilih untuk brisk walk atau berenang. Bergantung kepada minat anda dan juga keupayaan anda. Carilah senaman yang sesuai dengan kadar kehamilan anda.

2) Perbanyakkan minum air kosong.


Air kosong sangat penting untuk pastikan metabolism badan kita sentiasa tinggi. Jadi pastikan minum air kosong secukupnya sepanjang masa. Dan sebolehnya elakkan minum minuman manis.

3) Makan sedikit tetapi kerap.


Pada waktu makan hidangan utama seperti sarapan pagi, makan tengahari dan malam, aina lebih suka makan pada portion yang sederhana. Amalkan pengambilan suku suku separuh (suku= karbo; suku=protein; separuh = sayuran dan buahan). Dan antara waktu makan, jika rasa lapar boleh ambil snek sihat seperti kurma dan buah-buahan.
suku suku separuh
Dengan cara ini, bukan sahaja badan rasa bertenaga, tetapi dalam masa yang sama kita dapat kawal kenaikan berat badan dengan sihat. Jadi sekaligus dapat mengurangkan risiko kencing manis ketika hamil.

4) Jangan skip sarapan!

Sarapan adalah antara perkara paling penting bila nak mulakan hari kita. Kerana jika kita skip sarapan, ia boleh merendahkan metabolisme badan kita dan secara langsung menyebabkan badan rasa letih dan lesu.

Untuk sarapan aina suka minum ESP dan juga mengambil vitamin C. Anda juga boleh ambil telur rebus bersama salad dan buahan sarapan. Yang penting lebihkan protein dan sayuran ketika sarapn. Kerana makanan berprotein memberikan bekal zat besi yang sangat penting untuk perkembangan hemoglobin (hb). Dan vitamin C pula penting unutk penyerapan zat besi dalam badan. Jadi kalau anda ada masalah hb rendah, boleh cuba tips ni.

5) Dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti.

Elakkan tidur di lewat malam. Dan dapatkan posisi tidur yang selesa supaya anda dapat tidur dengan lena sepanjang malam.


Selain itu, anda juga boleh tidur sebentar dalam setengah jam di waktu tengahari untuk recharge badan anda. Tapi jangan tidur berlebihan di waktu siang ye. Tidur yang berlebihan boleh buat badan rasa lebih letih dan lemau.

6) Pengambilan vitamin ketika hamil.

Jangan sesekali tinggalkan vitamin ketika hamil untuk bantu mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda. Ingat, nutrisi yang kita dapat bukan untuk kita seorang je tau.

set hamil shaklee

Pilihan aina sudah semestinya set hamil Shaklee. Sangat membantu untuk maintainkan paras hb aina, kurangkan rasa penat sepanjang hari, tiada masalah sembelit ketika hamil dan paling penting rasa sakit di bahagian tulang pinggul pun hilang!

Kesimpulannya waktu hamil bukanlah tiket untuk kita bermalas-malasan dan tidak lakukan aktiviti fizikal. Cergas kan diri. Makan makanan yang sihat. Tinggalkan makanan yang berproses dan makanan segera. Lakukan senaman ringan setiap hari supaya badan kita rasa lebih cergas bertenaga. Dan jangan lupa ambil vitamin ye. Untuk dapatkan set hamil Shaklee boleh hubungi aina.




FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.


Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

1 comment:

  1. Wynn, Las Vegas, NV - Mapyro
    Find the best 이천 출장안마 value on 영주 출장마사지 Wynn Resort 진주 출장안마 Las Vegas, Las Vegas. Mapyro 서산 출장안마 provides an interactive driving view of the Wynn Hotel 용인 출장마사지 and Casino.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.