8 Sebab Utama Kenapa Rasa Susah Nak Capai Impian -Part 2

Friday, October 06, 2017
Assalamu'alaikum. Haa..kali ni aina nak sambung lagi post yang sebelum ni. Sebelum ni aina dah terangkan 4 sebab kenapa rasa susah nak capai impian kan? Kali ni aina nak sambung lagi 4 sebab utama kenapa kita ni tak capai-capai lagi impian kita.

8 Sebab Utama Kenapa Rasa Susah Nak Capai Impian

Bagi korang yang terlepas bahagian pertama, jangan risau. Boleh baca dengan klik link di bawah:


Jadi apa lagi 4 bisikan syaitan yang menyumbang kepada kegagalan kita?

5) Membuatkan kita tidak bersyukur.


Bagaimana sebenarnya cara yang betul untuk bersyukur? Cukupkah dengan sekadar melafakan "Syukur Alhamdulillah"? Cara yang paling betul untuk tunjukkan rasa syukur kita kepada Allah dengan menggunakan kesemua anggota kurniaan Allah dengan cara terbaik. Tetapi syaitan ni kan tak suka kita buat semua benda terbaik? Jadi ia akan buatkan kita rasa malas nak guna pakai anggota kita. 

Tangan yang sepatutnya digunakan untuk bekerja, kita gunakan untuk tekan remote, tekan main game. Telinga  pula asyik dengar lagu-lagu yang tidak berfaedah. Otak pun malas nak fikir. Tak salah kadang-kadang nak tonton tv atau main game. Tetapi perlu hadnya. Jangan sampaikan kerja kita terjejas dan buatkan kita lalai.

8 Sebab Utama Kenapa Rasa Susah Nak Capai Impian

Sebagai contoh, kita boleh nak scroll fb dan ig. Tetapi kita follow orang yang berjaya. Ambil iktibar atas kejayaan mereka. Belajar cara macam mana mereka boleh berjaya. Bukan sekadar nak follow artis dan lihat perkembangan hidup mereka. Lakukan perkara yang boleh mendatangkan faedah pada diri sendiri.

6) Menangguh-nangguh masa.


Benda paling berharga dalam dunia ini adalah masa. Jadi, syaitan suka hasut kita untuk melengah-lengahkan masa ni. Bila nak buat kerja je mesti akan terfikir 'arghh..tunggu dulu la', 'pergi makan dulu la', layan tengok cerita jap la,masa banyak lagi'. Akhirnya masa kita disia-siakan begitu sahaja.

8 Sebab Utama Kenapa Rasa Susah Nak Capai Impian

Cuba kita muhasabah semula, berapa banyak dah masa kita di dunia ni terbuang? Bagaimana nak jawab di depan Allah nanti "pada masa sekian sekian sekian apa yang kamu lakukan?". Agak-agak jawapan kita?

7) Lari daripada tanggungjawab dan menyalahkan orang lain.


"Aku jadi macam ni sebab mak ayah aku tak didik aku elok-elok dulu", "Aku jadi macam ni sebab cikgu tak pernah tegur aku dulu", "Aku jadi macam ni sebab upline aku tak ajar pun"

Habis semua nak salahkan orang lain. Diri sendiri?

Walhal Allah dah jadikan kita ni sebaik-baik manusia. Mampu berfikir, mampu pilih mana baik dan mana yang tak baik.

8) Memberi keyakinan palsu.


Bila kita nak buat sesuatu yang tak pernah kita buat atau dalam kata lain nak keluar daripada comfort zone, kita akan ada rasa takut dan ragu-ragu atas sebab TAKDE PENGALAMAN, TAK CUKUP ILMU dan macam-macam lagi alasan yang menjadi penghalang kepada kita untuk cuba sesuatu benda yang baru.

Tapi lupakah korang masa nak kahwin dulu? Takde pula rasa takut-takut nak kahwin sebab takde pengalaman. Bila korang cari kerja dan kali pertama nak pergi interview, korang gagahkan diri juga pergi kan? Takde pula "taknak la pergi interview, takut sebab takde pengalaman". Kalau la semua benda nak kena ada pengalaman dulu baru nak buat, semua orang pun tak kahwin-kahwin, semua orang pun tak bekerja.

Jadi kenapa certain things macam kahwin, beranak, kerja semua boleh buat walaupun takde pengalaman? Tapi bila nak majukan diri sendiri tak boleh? Setiap benda ada permulaan. 

JADI JOM BERUBAH!


Jadi untuk capai impian kita, perkara paling utama adalah UBAH MINDSET! Datang je bisikan-bisikan halus ibarat virus tu, cepat-cepat tolak keluar. Dan kalau nak tahu, syaitan ni pandai putar belit dan main trick. Dia akan masukkan unsur-unsur agama sikit, "Buat apa nak beria cari duit banyak-banyak, bukan boleh bawa masuk kubur pun. Biarlah bersederhana, janji dapat masuk syurga." Haaa...pernah kan rasa macam tu? Tapi bila check-check balik, waktu solat tak jaga, zikir ntah ke mana, Al-Quran baca seminggu sekali. Memang penipu besar syaitan ni. Jadi jangan mudah terpedaya.

Wajib tanamkan dalam hati kita, kita ni diciptakan oleh Allah sebaik-baik ciptaan untuk BERJAYA. Bukan berjaya akhirat je tau. Kedua-duanya sekali, dunia dan akhirat. Cuba bayangkan kita hasilkan satu karya terbaik, dan orang kritik dan kutuk. Suka tak? Apa lagi Allah yang Maha Sempurna, telah menciptakan kita untuk jadi orang yang berjaya tapi kita asyik cakap AKU TAK LAYAK/ AKU TAK MAMPU BERJAYA. Siapa kita nak kritik ciptaan Maha Pencipta?

Dunia ni dilimpahi dengan nikmat dan semua nikmat ni Allah kurniakan kepada kita, manusia.Allah ciptakan tumbuhan, binatang, mineral, minyak, emas semuanya untuk kita. Untuk kegunaan kita. Allah bagi semua itu untuk kita kelola dengan baik. Iye KITA. Bukan PM, tok penghulu, Menteri. Tapi untuk kita semua.

Quran juga diturunkan sebagai rujukan kepada semua umat. Bukan untuk para ustaz je.

APA YANG PERLU DILAKUKAN?


Mula dengan tanya pada diri sendiri...

- Adakah aku sudah tunjuk kepada Maha Pencipta yang aku seorang JUARA?
- Adakah aku sudah hasilkan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan ini?
- Adakah aku dah lakukan sesuatu yang memberi faedah kepada umat manusia?

ATAU...

- adakah aku beri hasil yang biasa-biasa je atau tak pernah hasilkan apa-apa?
- adakah aku jadi beban pada orang lain?
- adakah aku hidup setakat nak bayar bil, hutang dan mati je?
- adakah aku hidup mengikut flow yang ditetapkan je tanpa ada usaha untuk majukan diri?

Nauzubillah...semoga kta tidak tergolong dalam golongan yang bawah.  

Cuba kita muhasabah semula diri kita. Ambil pen dan kertas dan tulis dan jawab sendiri:

Wahai (tulis nama sendiri)...apa yang kau lakukan sepanjang hidupmu di dunia hingga aku boleh masukkan kau ke dalam syurga-Ku?


 Kemudian listkan jawapan sebanyak mana pun yang anda dapat fikirkan. Lepas tu cuba baca semula. Apakah perasaan korang? Puas hati? Belum? 

Kalau kita buat kerja biasa-biasa je, hasil pun biasa-biasa je. Akibatnya kita tak rasa diri kita JUARA. Tahu tak siapa yang kita kecewakan? DIRI SENDIRI!

Jadi lepas ni aina harap, kita buang rasa was-was dengan diri sendiri. Kita sama-sama bangkit untuk terus majukan diri sendiri. Semoga kita semua menjadi insan lebih berjaya dan hebat dalam semua aspek kehidupan kita. Semoga post ni dapat memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa share dengan rakan-rakan lain ye.

FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

No comments:

Powered by Blogger.