Cara Terbaik Untuk Naikkan Paras HB ketika Mengandung

Thursday, May 18, 2017
Assalamu'alaikum pembaca semua! Semoga hari ini ceria-ceria selalu k. Siapa sini tengah mengandung angkat tangan! Biasanya bila mengandung dan checkup di klinik benda wajib diaorang buat test mesti nak tengok paras hb kita. Kalau paras hb rendah tu macam dah common sangat dah. Sampai tak tahu nak makan apa untuk naikkan paras hb kan? Nak tahu cara terbaik untuk naikkan paras hb? Teruskan membaca.

Cara Terbaik Untuk Naikkan Paras HB ketika Mengandung

Umum tahu bila paras hb rendah ketika mengandung boleh membahayakan bukan sahaja kepada kandungan tetapi juga kepada si ibu. Antara risikonya ialah berat bayi yang tidak mencukupi dan juga lahir tidak cukup bulan. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko kehilangan darah yang banyak ketika bersalin yang sangat membahayakan nyawa si ibu.

Jadi bila paras hb rendah, dan nurse marah atau tegur, bukan sebab saje-saje tau. Sebab sayangkan kita la nurse bagi teguran. Suruh naikkan paras hb. Kerana mereka juga tahu bila paras hb rendah ketika mengandung boleh menyebabkan komplikasi kepada si ibu dan anak.

Tapi adakah korang dah buntu tak tau macam mana nak naikkan paras hb? Makan pil iron berpapan-papan pun masih sama. Jom layan kisah Puan Fatimah bagaimana beliau atasi masalah paras hb rendah ketika mengandung,

Cara Terbaik Untuk Naikkan Paras HB ketika Mengandung 

Puan Fatimah merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Beliau mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan paras hb hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko paras hb rendah.

Gejala yang beliau alami akibat anemia seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua beliau mengalami anemia teruk sehingga bacaan hb jatuh kepada 7 sahaja. Beliau tidak boleh bangun daripada katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.

Pelbagai ikhtiar telah beliau lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan beliau masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan beliau bertambah teruk kerana kurang selera makan.

Beliau mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. Tujuan beliau ambil Shaklee kerana beliau mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, beliau mengandungkan anak ketiga. Beliau mula mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness beliau. Ketika itulah beliau sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia beliau. 

Vitamin yang beliau amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.

Cara Terbaik Untuk Naikkan Paras HB ketika Mengandung

Dan sepanjang semasa mengandungl anak ketiga beliau tidak mengalami masalah anemia dengan izin Allah. Bacaan hb semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Beliau juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun beliau ada masalah alahan yang teruk. Beliau mampu menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa beliau mengandung agak hairan juga sebab beliau dikategorikan berisiko anemia berdasarkan sejarah pengalaman mengandung sebelum ni. Tapi tidak pula untuk kandungan kali ini.

Selepas bersalin, beliau juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya beliau lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Beliau sendiri rasa terkejut kerana beliau boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.

Jadi saranan beliau kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.

Dan kini Puan Fatimah masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi beliau telah berumur 1 tahun 7 bulan.

Mudah kan sebenarnya nak naikkan paras hb ketika mengandung? Perkara paling penting yang perlu kita lakukan ialah tunaikan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik. Bila sistem dalam badan dalam keadaan tip top, insyaAllah akan kurang masalah ketika mengandung. Dan badan juga akan memberi respon yang baik bila kita ambil vitamin.

Jadi jika anda tengah tercari-cari supplement untuk naikkan paras hb, boleh hubungi aina untuk dapatkan set prenatal seperti puan Fatimah ambil. InsyaAllah, dengan cara pengambilan vitamin yang betul (sebab tu pentingnya konsultasi), mampu dapat atasi masalah paras hb rendah. Anda juga boleh buat pembelian melalui esell shaklee dengan klik gambar di bawah. Mana-mana cara pembelian akan disertakan bersama konsultasi.

FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan



No comments:

Powered by Blogger.