Cara Hilangkan Kesan Sunburn Dengan Cepat supaya kulit lebih cerah

Siapa sini yang bila kena sunburn je, susah betul nak cerahkan balik kulit. Pergi bersukan sikit, kulit gelap. Pergi aktiviti luar sikit, mula la kulit sunburn teruk. Pergi jalan tepi pantai kejap, dah macam udang galah panggang dah kulit muka. Sampai tona kulit dah kurang sekata dah. Paling teruk bila kulit menggelupas teruk. Rasa pedih je kulit muka. Korang nak tahu tak cara paling selamat nak hilangkan sunburn dengan cepat? Teruskan membaca.

Cara Hilangkan Kesan Sunburn Dengan Cepat supaya kulit lebih cerah 

Bagaimana sunburn boleh berlaku?

Kulit kita mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin. Melanin ni yang menentukan warna kulit kita. Semakin banyak melanin, semakin gelap warna kulit. Dan fungsi utama melanin adalah untuk melindungi kulit daripada sinaran uv. Tetapi apabila pendedahan kepada sinara matahari pada tempoh yang lama akan menyebabkan sinaran uv mengatasi melanin kulit dan menyebabkan sunburn. 

Sunburn akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahar secara langsung lebih daripada 30 minit. Kanak-kanak dan warga emas mempunayi kulit yang lebih sensitif jadi mereka lebih mudah kena sunburn. Begitu juga mereka yang berkulit cerah. Apabila kulit cerah bermaksud kandungan melanin rendah. Jadi mereka sangat mudah kena sun burn berbanding mereka yang berkulit lebih gelap.

Kali ni aina nak kongsikan kisah Irdayati bagaimana beliau rawat kulit sunburn dan dalam masa yang sama liang pori kulit juga makin mengecil.

 

Puan Irdayati ni merupakan bekas konsultant perancang bandar dan desa. Kerjaya beliau memerlukan beliau untuk kerap keluar outstation. Sama ada untuk hadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya beliau terpaksa lakukan pemeriksaan tapak sehingga berhari-hari. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya beliau akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Akibatnya kulit beliau menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kulit menjadi kusam sebabkan sunburn. Paling ketara bila buka tudung, garis belak seperti 'sempadan' amat jelas ketara di bahagian pipi dan pelipis beliau.

Beliau jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut nak cuba sembarangan produk kerana takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, beliau pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak. Ternyata tidak berkesan. Malah, kulit beliau semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.

Setelah setahun beliau mengamalkan ESP dalam rutin harian (tujuan utama untuk penyusuan bayi), beliau mula perasan yang kulit beliau menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati beliau untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan diformulasi khas oleh pakar kecantikan US dan Jepun untuk kulit orang Asia. Beliau bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan beliau mula beli satu-persatu produk Nutriwhite lain seperti Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini beliau beli Overnight Renewal Whitening Cream.

Cara Hilangkan Kesan Sunburn Dengan Cepat supaya kulit lebih cerah 

Dan tenyata beliau sangat-sangat berpuas hati. Kulit beliau yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis beliau. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori beliau daripada tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, beliau tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori beliau mengecil! Sampai orang gelarkan beliau 'Kakak Cantik!'.

Haaa..jeles tak tengok perubahan muka Puan Irdayati? Tak perlu nak makeup tebal-tebal dah. Kulit nampak lebih sihat, cerah dan cantik semulajadi. Sejujurnya aina pun baru berjinak-jinak dengan nutriwhite ni. Dah macam-macam produk aina pernah cuba (produk semulajadi la kan). Dan memang beza bila pakai nutriwhite. Lepas cuci muka, kulit muka rasa lebih segar dan bersih. Ultimate Protection Whitening Lotion pula, lepas sapu tak rasa melekit langsung kat muka! Cepat je meresap dalam kulit muka. Next time aina nak beli overnight renewal cream. Biar waktu tidur, ada 'bibik' tolong repair kan sel kulit muka kita. Bangun tidur je muka cantik je,hehe.

Ni salah satu testimoni sahabat aina sendiri. Dia pun sama. Sebelum ni guna produk organik skincare. Tapi tak sesuai dengan kulit beliau. Rasa kulit berminyak je. Jadi aina suggest juga dia guna nutriwhite. Mula dengan pencuci muka. Sekarang dia pun dah terjebak nak beli set nutriwhite! Memang best katanya!

Cara Hilangkan Kesan Sunburn Dengan Cepat supaya kulit lebih cerah 
Jadi kalau korang rasa nak kulit lebih cerah, sihat dan cantik semula jadi, meh bertukar kepada nutriwhite. InsyaAllah korang pun akan sama-sama jatuh cinta dengan produk nutriwhite ni. Bukan sebarangan produk tau. Nutriwhite ni diformulasi khas oleh pakar kecantikan US dan Jepun untuk kulit orang Asia tau. Siapa rasa dia orang Britain, payah la sikit,hehe. Sempat lagi dapat kulit lebih cerah sebelum raya nanti,hehe.

Berminat boleh roger aina atau klik sahaja buy now untuk buat pembelian. Setiap pembelian akan disertKan dengan konsultasi cara pakai dan beberapa tips penjagaan muka supaya anda akan dapat kesan yang diinginkan seperti kami! Jom order sekarang!

 
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.




No comments:

Powered by Blogger.