7 Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam

Tuesday, April 18, 2017
Siapa sini pernah kena bengkak susu? Sakit kan? Tahap sakit bengkak susu ni sampai demam dibuatnya tau. Aina masa susukan ammar dah lalui beberapa kali episode bengkak susu. Ada juga tahap demam sebab bengkak susu taknak surut. Jadi kali ni aina nak kongsikan apakah jalan terbaik untuk elak atau cara untuk redakan bengkak susu dengan cepat supaya tak sempat nak demam pun!
Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam

Sebelum aina cerita lebih lanjut, sebelum tu kita ketahui terlebih dahulu kenapa berlakunya bengkak susu ni. Bengkak susu terjadi apabila saluran yang bertanggungjawab membawa susu ke bukaan puting payudara tersekat atau tidak mengalir dengan lancar. Antara punca yang boleh menyebabkan saluran tersekat sekaligus menyebabkan bengkak susu adalah:

1) Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali menyusu. Kadang-kadang bayi kita hanya akan minum sedikit sahaja susu setiap kali menyusu terutama sekali di awal kelahiran. Jadi ada susu masih berbaki dalam payudara dan bila penghasilan susu bertambah, menyebabkan payudara bengkak.

2) Tidak mengosongkan payudara dengan kerap seperti bayi tidur lama. Apabila pengeluaran melebihi permintaan, kita akan rasa payudara 'penuh'. Jika tidak dikosongkan dengan cepat bileh meningkatkan risiko bengkak susu.

3) Tidak mengikut jadual pam susu. Bila kita tidak mengikut jadual pumping, bukan sahaja mudah untuk dapat bengkak susu, tetapi lama kelamaan pengeluaran susu juga semakin kurang. Ini adalah kerana susu dihasilkan mengikut demand.

4) Pemakaian bra yang tidak sesuai atau terlalu ketat. Bila bra terlampau ketat, ia boleh memberi tekanan kepada payudara kita dan sekaligus menyempitkan saluran susu.
Posisi tidur yang salah.

Jika susu terus dihasilkan melebihi permintaan, ia akan dipaksa keluar daripada saluran susu ke dalam tisu payudara dan seterusnya menyebabkan kesakitan dan bengkak. Kawasan yang terlibat akan menjadi kemerahan, rasa panas dan terdapat ketulan yang menyakitkan. Sistem pertahanan badan yang mengesan bendasing dalam darah akan memberi signal kepada badan untuk melawan benda asing tersebut. Akibatnya para ibu akan rasa suhu badan meningkat dan akhirnya demam.

Bengkak susu perlu dirawat dengan segera. Kerana jika dibiarkan berpanjangan akan menyebabkan komplikasi yang dikenali sebagai mastitis. Mastitis berlaku apabila berlakunya keradangan pada tisu payudara yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jika semakin kronik, cara rawatannya adalah melalui pembedahan.

Jadi saranan aina, bila berlaku bengkak susu, cepat-cepat rawat dengan segera!

Jadi antara cara cepat untuk redakan bengkak susu ialah:

1) Tuam dengan ais. Tujuan kita tuam dengan ais adalah untuk meredakan keradangan yang berlaku. Selain itu ia bantu untuk kurangkan penghasilan susu untuk sementara waktu. Tapi awas, jangan tuam lama-lama ye. Cukup sekadar untuk kurangkan rasa sakit. Kemudian baru tuam dengan tuala suam.
Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam

2) Urut menggunakan sikat. Urut bahagian bengkak dengan sikat. Caranya urut daripada bahagian yang bengkak dan turunkan ke arah puting.

3) Lekapkan dengan kobis. Cara ini juga sering digunakan oleh para ibu untuk redakan rasa sakit bengkak susu. Tetapi awas ye, jangan lekap dalam tempoh yang lama kerana ia akan menganggu penghasilan susu.
Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam


4) Susukan bayi lebih kerap. Susukan bayi dengan lebih kerap setiap sejam atau 2 jam untuk pastikan susu sentiasa dikeluarkan. Jika bayi anda tidur, kejutkan. Pada awal-awal kelahiran sangat penting untuk bayi menyusu dengan lebih kerap untuk elak berlakunya jaundice.

Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam

5) Pemakaian bra yang sesuai. Apabila para ibu mula menyusu, normal untuk size payudara bertambah besar sebanyak 1-2 cup lebih besar. Jadi, beli size bra yang sesuai, selesa dan tidak ketat.

6) Pam keluar susu bersama urutan. Jika bayi sudah kekenyangan tetapi payudara masih bengkak, pam susu keluar sambil buat urutan di kawasan payudara yang mempunyai ketulan. Pastikan pam susu sehingga terasa payudara kosong.

7) Menggunakan ubi kentang. Caranya, hiris membulat 6 biji ubi kentang dan rendam dalam air biasa pada suhu bilik selama 15-20minit. Kemudia letakkan hirisan tersebut pada payudara yang bengkak selama 15-20minit. Kemudian tukar dengan hirisan baru selama 15-20 minit. Setelah 1 jam (dalam 3 kali tukar), rehat sebentar selama 30 minit. Ulang langkah tadi sehingga bengkak susu anda betul-betul surut.

Dan bagi sesetengah orang, terutama para ibu yang sudah mempunyai 2-3 anak, pasti sukar untuk lakukan cara tradisional ni. Terutama sekali apabila ada anak-anak lain yang kita perlu beri perhatian juga. Jadi saranan aina, cara paling cepat dan pantas, telan lecithin.
Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam

Lecithin Shaklee sangat bagus dalam meredakan bengkak susu. Salah satu fungsi lecithin adalah menguraikan lemak (fat emulsifier). Dan susu ibu mempunyai kandungan lemak yang tinggi (sesuai mengikut keperluan bayi). Sebab itu, apabila berlakunya bengkak susu, telan lectihin mengikut dose tertentu, insyaAllah, dalam 15 minit - sejam lepas tu, memancut-mancut susu keluar. Waktu ni ambil peluang pam kan susu keluar sehingga payudara anda kosong. Mudah kan?

Jom tengok apa kata mereka yang pernah cuba ambil lecithin.

Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam

Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam



Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam

Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam

Cara Cepat Untuk Redakan Bengkak Susu Supaya Tak Sempat Nak Demam
Mahal ke sebotol lecithin? Murah je kakak-kakak semua. Sebotol rm55 sahaja. Siap ada 180biji lagi dalam satu botol. Berbaloi-baloi. Yang penting jangan biarkan derita bengkak susu menghantui anda. Jika tidak dibendung sebaiknya boleh menyebabkan mastitis dan jika berlarutan dan teruk, almatnya kena lakukan pembedahan la untuk keluarkan ketulan dalam payudara tu. Takut kan?

Jadi sebaiknya cegah la sebelum ia bertambah parah. Meh pakat order lecithin dengan aina dengan call aina di no bawah. Atau korang boleh klik butang buy now untuk beli lecithin directly daripada website Shaklee. Setiap pembelian dengan aina sudah tentu disertakan dengan konsultasi cara makan dan beberapa tips penting. Jadi kalau nak tahu dose yang sesuai, moh ler beli dengan aina ok.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ce10b99820f24fb3dc769a4f9fb67672 
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 



Disclaimer : Selepas Allah, Doktor paling kita hormat, percaya & wajib taat bulat-bulat. Doa kepada Allah & dapatkan nasihat Doktor. Dan ingat; Vivix ni Vitamin, bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal. 


Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

1 comment:

  1. serius berkesan lecithin. bengkak susu sehari je, tak dan nak demam. anak 1st tak cuba lagi lecithin ni memang tak tahu nak ckap sakitnya bengkak tu. anak 2nd dh standby siap2 lecithin ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.