5 Perkara Suami Perlu Lakukan Untuk Mudahkan Proses Isteri Bersalin

Saturday, April 08, 2017
Di saat ingin melahirkan si comel ke dunia ini, kehadiran seorang suami sangat membantu isteri bersalin yang amat mencabar. Tugas seorang suami bukan sekadar azan di telinga si comel atau potong tali pusat je tau. Tetapi penglibatan suami semasa proses kelahiran sangat memberi impak positif kepada isteri terutama daripada segi mental. Jadi apa yang suami boleh buat untuk mudahkan proses isteri bersalin.
5 Perkara Suami Perlu Lakukan Untuk Mudahkan Proses Isteri Bersalin
1) Urut Isteri
Bila isteri mula rasa sakit contraction, bantu isteri dengan beri urutan di belakang atau pinggang isteri. Urutan boleh menyebabkan pelepasan hormon endorfin yang dapat bantu melegakan sakit kontraksi. Siapa tak suka kena urut kan? Nak-nak lagi bila berlaku sakit kontraksi. Rasa tak selesa tau bahagian belakang dan pinggang. Nak duduk tak kena, baring pun salah, diri pun tak kena.
Jadi, bantu isteri dengan memberi urutan pada buhu untuk melegakan dan mengatur pernafasan dan urutan pada belakang untuk melegakan sedikit rasa kontraksi. Urutan pada kaki pula dapat bantu memberi ketenangan dan memanaskan kaki isteri yang sejuk.
5 Perkara Suami Perlu Lakukan Untuk Mudahkan Proses Isteri Bersalin

2) Ingatkan Isteri Tentang Teknik Pernafasan 
Bila berlaku sakit kontraksi, segala ilmu nak bersalin termasuk teknik pernafasan dah hilang ke mana. Dalam kepala fikir macam mana nak hilangkan rasa sakit je. Sebab tu pentingnya suami untuk ingatkan kepada isteri cuntuk praktikkan cara pernafasan yang betul yang dah dipelajari semasa kelas antenatal. Dengan teknik pernafasan yang betul sangat membantu untuk proses kelahiran nanti dan juga dapat juga bantu kurangkan rasa kesakitan.

3) Mengaji Di Samping Isteri
Bagi yang Islam, si suami boleh la baca ayat-ayat al-quran untuk menenangkan isteri. Ayat-ayat al-quran kan dapat menenangkan jiwa. Dalam masa yang sama, bayi dalam kandungan pun dapat dengar suara ayahnya mengaji kan? Indah kan?
5 Perkara Suami Perlu Lakukan Untuk Mudahkan Proses Isteri Bersalin
4) Beri Minuman Kepada Isteri
Kebanyakkan hospital rakan bayi dapat benarkan si isteri untuk mengambilminuman di bilik bersalin. Ini hanya untuk kelahiran berisiko rendah sahaja. Jadi boleh la suami bantu isteri untuk minum sedikit demi sedikit. Sudah tentu tindakan ini sangat membantu si isteri.

5) Berikan Semangat
Sementara menunggu pembukaan serviks sehingga 10 cm, kontraksi yang dialami oleh isteri akan semakin kuat. Waktu ni kata-kata semangat daripada suami sangat membantu untuk naikkan semangat isteri dan menenangkan hati isteri. Bagi yang Islam, sentiasa zikir dan doa di telinga isteri. Genggam tangan isteri dan usap kepala isteri.
5 Perkara Suami Perlu Lakukan Untuk Mudahkan Proses Isteri Bersalin

Menanti kelahiran si comel adalah antara detik yang mendebarkan. Terutama sekali bagi anak pertama. Aina dulu tak merasa suami teman dalam labour room kerana aina bersalin secara pembedahan. Jadi suami tidak dibenarkan masuk dalam bilik OT. Jadi bagi isteri yang mampu untuk bersalin normal, temanlah isteri anda dalam labour room. Rasai pengalaman melahirkan si comel ke dunia ni bersama-sama isteri. Ini antara detik-detik indah yang harus dikongsi bersama.

Jadi tahniah aina ucapkan kepada mereka yang bakal bersalin atau baru bersalin. Jika masih tercari-cari set pantang untuk mudahkan tempoh berpantang tanpa rasa sembelit, penat, bagi luka bersalin cepat baik dan nak meriahkan susu badan, boleh roger aina k. 


 
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 



Disclaimer : Selepas Allah, Doktor paling kita hormat, percaya & wajib taat bulat-bulat. Doa kepada Allah & dapatkan nasihat Doktor. Dan ingat; Vivix ni Vitamin, bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal. 


Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

No comments:

Powered by Blogger.