SOHO idaman hati bila berniaga online daripada rumah

Thursday, January 19, 2017
Bila berniaga online daripada rumah, pasti kita teringin nak ada SOHO sendiri kan untuk memudahkan kita buat kerja. Bagi yang tak tahu benda SOHO ni, ia adalah short form untuk small office home office. Penting untuk mereka yang bekerja daripada rumah untuk ada satu sudut khas untuk buat kerja je. 
 

Macam aina, bila dah ada rumah sendiri, memang dah cakap awal-awal kt husband nak cop satu bilik untuk aina setup jadi SOHO aina. Kalau boleh nak tema warna putih+hijau sebab nak bagi rasa tenang dan sedap mata memandang. Baru la idea mencurah-curah bila nak update blog. Dan semangat sentiasa ada untuk buat berniaga.

Selain tu, aina nak ada juga board untuk aina letak vision board, target bulanan, target harian, to-do-list untuk senang aina tengok hari-hari. 

Tak lupa wajib ada almari display untuk letak stok2 shaklee, hehe. 😍 😍 

Jadi bila ada SOHO nanti lebih mudah untuk berniaga online daripada rumah. Nak update blog, study produk, bungkus barang, simpan rekod customer, slip poslaju semua boleh buat kat satu tempat je. Lebih organize dan teratur. Kalau tak simpan setempat, mula la tercari-cari mana bubble wrap nak bungkus barang customer, mana gunting and selotape, mana slip poslaju,mana rekod customer. Boleh buat haru dan stress je tak pasal-pasal.

Alhamdulillah, loan rumah baru approve. Jadi boleh kumpul duit slow-slow dan pelan untuk deco rumah sendiri nanti. Dan yang plaing penting SOHO ku wajib ada! 

SOHO korang plak macam mana? Jom share. Kut-kut aina boleh dapat idea lagi untuk SOHO idaman hati, hehe.

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.