Kenali osteoporosis dan cara terbaik untuk menjaga tulang yang sihat

Assalamu'alaikum..

Osteoporosis adalah satu keadaan di mana tulang kita mula reput, mudah patah dan tidak kuat. Kebarangkalian untuk wanita mendapat osteoporosis adalah 1/2 berbanding dengan lelaki iaitu 1/4. Tahukah anda, 25% daripada 50 orang yang mengalami keretakan pinggul mati, 20% hilang keupayaan dan perlu diberi bantuan selalu? Takut kan? Pencegahan awal harus dilakukan seawal mungkin. Jisim tulang sampai kemuncak waktu umur 20an. 

Selepas umur 30, kedua-dua lelaki dan wanita akan mengalami penurunan jisim tulang. Kedua-dua hormon estrogen dan testosterone sangat penting dalam mengekalkan ketumpatan jisim tulang. Bagi wanita, jisim tulang mula menurun dengan mendadak apabila berlaku menopause. Lelaki pula kana mengalami penurunan secara perlahan. 
Sumber: http://www.sportscare1.com/natural-treatment-alternatives-for-people-with-osteoporosis/
Kekurangan kalsium dan vitamin D memberi menyumbang kepada risiko osteoporosis. Kita perlukan kalsium untuk tulang yang sihat dan kuat dan vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium ke dalam badan. 

Jadi bagaimana cara terbaik untuk pastikan tulang kita sentiasa sihat dan elak daripada kena osteoporosis? Cara yang terbaik adalah dengan melakukan senaman otot seperti angkat berat, jogging dan brisk-walk. Aim at least 30 min senaman setiap hari. Selain itu, keperluan harian kalsium dan vitamin D juga harus la cukup. Kalsium boleh didapati dalam makanan atau minuman tenusu, sayuran hijau seperti bayam. Manakala vitamin D selalunya dihasilkan oleh kulit kita apabila kita terdedah kepada cahaya matahari, Secara amnya, wanita umur 40an. ibu menyusu dan hamil disarankan untuk ambil 1200mg kalsium sehari dan 800 IU vitamin D.

Bagaimana ostematrix membantu untuk tulang sihat dan kuat? Ostematrix Shaklee sudah dirumuskan khas mengandungi kalsium, vitamin D dan ditambah pula dengan magnesium dan mineral2 lain untuk membantu penyerapan kalsium yang maksimum. Ibaratnya kalsium seperti batu-bata. Apabila kita susun batu-bata, kita perlukan simen untuk kukuhkan binaan kan? Jadi di situlah kegunaan mineral2 lain yang telah dicampur sekali dalam satu tablet ostematrix. Hebat kan? Tak perlu nak beli banyak2 pil. Satu botol dah cukup untuk kesihatan tulang yang kuat.


Jadi bagaimana nak dapatkan ostematrix ni? Mudah sahaja, hubungi saya dan dapatkan servis dan konsultasi yang terbaik daripada saya khas untuk pelanggan saya. Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sayangi tulang anda. Jangan menyesal kemudian hari ye.

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.