Kelebihan penapis air mudah alih berbanding penapis air lain

Sunday, September 20, 2015
Assalamu'alaikum...

Korang tahu tak Shaklee ni bukan sekadar jual makanan tambahan dan vitamin je tau. Tapi Shaklee juga ada jual barang-barang produk penjagaan kulit, rambut, penjagaan rumah dan juga penapis air! Part yang paling best, semua produk Shaklee bebas bahan kimia berbahaya dan juga selamat, berkesan dan mesra alam. Saya nak share salah satu produk yang best iaitu penapis air Shaklee. Untuk permulaan, penapis air Shaklee ni bukan seperti penapis air yang lain tau. Yang besar gedabak, kena pakai elektrik, attach kat sink. Tapi penapis air Shaklee ni jenis mudah alih dan boleh di bawa ke mana2. Best kan?


Sebelum tu, kenapa kita perlu minum air yang bersih. Korang tau tak, walaupun air yang keluar daripada paip tu nampak jernih dan bersih, tapi air tu mengandungi klorin dan juga bendasing seperti logam berat yang sangat berbahaya kepada kesihatan. Kalau tak percaya, cuba anda biarkan air yang dah dimasak dibiarkan selama beberapa jam. Mesti akan ada mendapan kotoron bewarna coklat terkumpul kat dasar jag kan?

Sayangi buah pinggang anda!!

Bayangkan apabila setiap hari kita minum air yang tidak ditapis yang mengandungi banyak bendasing halus, klorin atau lebih teruk logam berat yang boleh menyebabkan kanser. Segala bendasing tu akan masuk ke dalam tubuh kita dan buah pinggang akan bekerja keras untuk tapis segala bendasing tu. Bayangkan pula kalau bertahun-tahun buah pinggang kita terpaksa bekerja keras setiap hari, mau 'pencen' awal buah pinggang. Oleh itu, sayangilah buah pinggang denga minum air yang bersih telah ditapis.

Jadi, kenapa mesti penapis air Shaklee?


1) Shaklee Get Clean Water menggunakan blok karbon daripada tempurung kelapa. Jadi sangat la selamat dan mesra alam.

2) Ia mampu mengurangkan sehingga 99% logam berat dan bahan-bahan cemar pertanian dan industri.

3) Tidak perlu pasang di sink atau pemasangan yang kompleks. Jadi, ia tidak memerlukan ruang yang besar.

4) Tidak menggunakan elektrik pun.

5) Boleh di bawa ke mana2. Kalau nak balik kampung pun, boleh bawa sekali. Tiada masalah. Sekarang anda boleh dapatkan air bersih di mana2 sahaja anda berada.

6) Tak perlu susah2 cuci filter kerana lepas dah tapis 80 gelen air, anda hanya perlu tukar filternya sahaja. Kos? tak mahal pun.

7) Dapat mengurangkan klorin.

8) Kualiti air yang jernih dan sedap. Setanding penapis air jenama mahal.

Mahal ke?

Jika dibandingkan dengan penapis air yang mempunyai kualiti yang sama, jauh la murah penapis air Shaklee ni. Tak sampai beribu pun untuk permulaan set. Dan kos untuk tukar filter pun tak mahal. Memang mampu milik. Dan yang paling penting, penapis air ini diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association).

Apa kata mereka yang dah cuba penapis air yang best ni?



Jadi macam mana nak dapatkan set penapis air mudah alih yang best ni? Anda boleh hubungi saya di:

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.