7 Tips tingkatkan kuantiti susu di awal kelahiran daripada satu sudu sehingga penuh freezer

Thursday, July 02, 2015
Assalamu'alaikum..

Pada awal-awal kelahiran, masalah yang biasa para ibu (terutama first time mommies) akan mempunyai masalah susu kurang. Teringat masa mula2 saya lahirkan anak soleh setahun yang lepas, saya juga mengalami masalah yang sama. Jom saya nak share beberapa tips yang saya buat daripada kuantiti susu satu sudu sehari hingga la kuantiti susu penuh freezer.




#1 Sentiasa bertenang dan berfikiran positif

Saya akui sejak awal kelahiran saya mengalami
 postpartum blues yang menyebabkan saya rasa teknan je. Lebih2 lagi saya baru lepas bersalin secara pembedahan. Menyukarkan keadaan saya untuk menyusukan bayi. Lagi satu masalah saya hadapi waktu tu adalah latching problem di mana bayi tidak melekap dengan betul menyebabkan puting saya luka berdarah. Faktor2 ni membuat saya stress dan memang susu sikit yang amat. Tapi alhamdulillah, sentiasa ingat kepada Allah, banyakkan berzikir untuk menenangkan hati dan cuba cari jalan penyelesaian bagi setiap masalah. Boleh rujuk di sini.


#2 Susukan anak anda sekerap mungkin

Penyusuan yang terbaik adalah untuk terus menyusukan anak anda seawal mungkin selepas bersalin. Ini adalah untuk merangsang pengeluaran susu dan juga untuk memberikan susu awal (colostrum) yang sangat penting untuk bayi anda. Untuk para ibu yang bersalin secara pembedahan, jangan risau, masa saya dulu para jururawat sangat membantu untuk tolong kita susukan anak kita. Mereka juga sangat menggalakkan kita untuk susukan bayi seawal mungkin. Selain itu, susukan la bayi anda sekerap mungkin untuk merangsang pengeluaran susu.

#3 Pump dan teknik marmet

Ini adalah sangat penting untuk merangsang pengeluaran susu. Takpe bila setiap kali pump, tak keluar pun susu. Ambil masa untuk pump susu selama 15 min sebelah setiap 2 jam. Atau guna teknik marmet untuk urut payudara dan merangsang pengeluaran susu. Kaedah ini memang sangat membantu untuk merangsang penghasilan susu.


#4 Berurut

Sape yang tak suka berurut? Semua orang suka kan?hehe..Memang best bila ada orang urut2 badan sebab badan akan rasa lebih relaks dan kurang stress. Refer balik point #1 tadi, tak boleh stress2 k kalau nak hasilkan susu. =)


#5 Makan..makan..makan...

Haaa...yang ni paling penting. Bila nak hasilkan susu, badan memerlukan kalori yang banyak. Dari mana nak dapat kalori? Daripada pemakanan seharian kita. Abaikan diet2 selepas bersalin ni dulu. Ibu yang menyusu memerlukan tenaga tambahan sebanyak 500 kcal sehari. untuk menghasilkan susu sebanyak 750ml/hari (25oz sehari). Jadi amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan banyak. Selain itu, boleh juga cuba amalkan pengambilan makanan yang boleh banyakkan susu seperti lobak putih, minum susu, coklat. Untuk saya, milkbooster saya adalah durian!!haha..pelik tapi benar. =)

#6 Pengambilan supplemen

Saya memang mengambil supplemen sepanjang pantang (sampai sekarang sebenarnya) untuk membantu badan saya cukup segala nutrisi yang diperlukan. Refer balik kepada #5, badan perlukan nutrisi secukupnya untuk hasilkan susu yang berkualiti kan? Jadi supplemen2 ni bukan sahaja bantu untuk cukupkan nutrisi, ia juga membantu badan kita untuk kekal bertenaga dan membantu saya untuk kurang stress. Apakah supplemen yang saya ambil? Boleh refer di sini.

#7 Pengambilan air masak secukupnya

Pengambilan air secukupnya adalah sangat penting. Kia perlu mengambil air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Bagi ibu menyusu, setiap kali menyusu atau pump, confirm akan rasa dahaga yang amat kan? Jadi minumlah air secukupnya.

Jom kita dengar perkongsian daripada Puan Farawahida bagaimana cara terbaik untuk banyakkan susu badan.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Macam mana? Mudah kan? Yang paling utama, sentiasa berdoa dan niat sejak daripada hamil lagi kita nak tunaikan hak anak kita untuk susukan mereka sehingga mereka 2 tahun, InsyaAllah, Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pemurah. Allah akan permudahkan jalan kita untuk susukan anak jika kita betul2 berazam untuk susukan mereka. Dan ingat..takmo stress2 k dan sokongan daripada suami amatlah penting sepanjang tempoh penyusuan ini. Jadi para suami di luar sana, berikanlah semangat dan dorongan kepada semua para isteri k. ^_^


Aina Mohd Amin (ID: 1092280)


FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.



No comments:

Powered by Blogger.