5 Sebab Energizing Soy Protein (ESP) Minuman Wajib Kami Suami Isteri

Sejak terjebak dengan Shaklee ni, antara supplemen wajib kami suami isteri semestinya ESP (energizing soy protein). Saya percaya, kepada semua pengguna tegar produk2 shaklee, ESP semestinya antara supplemen wajib korang jugak kan?hehe..hanya mereka yang dah cuba je tahu betapa bestnye 'tepung ajaib' ni. Dulu hanya saya sahaja yang minum ESP ni, sekarang encik suami pun terjebak sekali!!Ok, meh sini nak share sikit kenapa ESP ni sangat best!!



Sebelum cerita tentang apa bestnye ESP ni, meh kita check dulu apa kandungan ESP ni sebenarnya. ESP ni adalah minuman protein yang diperkaya dengan 9 jenis amino acid yang diperlukan oleh badan. Refresh balik subjek biochemistry zaman undergrad dulu, amino acid ni terdiri daripada 2 kumpulan:
  1. Amino acid perlu : sumber protein yang penting untuk badan kita tapi badan kita tak dapat hasilkan sendiri. Pendek cerita, kena dapatkan daripada sumber makanan.
  2. Amino acid tidak perlu : yang ni badan kita boleh hasilkan sendiri, jadi tak perlu nak pening2 kepala cari daripada sumber makanan.
Jadi, apa yang hebat sangat ESP ni? Sebab hanya dengan 3 sudu 'tepung ajaib' sahaja dah terkandung 9 jenis amino acid yang perlu oleh badan!!so, takyah nak pening kepala badan kita cukup ke tak sumber protein..minum segelas ESP, insyaAllah, cukup segala keperluan amino acid yang diperlukan oleh badan anda.


Kandungan amino acid di dalam ESP

KENAPA ESP SUPPLEMEN WAJIB KAMI?

1) Luka cepat baik. Saya lahirkan anak pertama melalui cesarean. Takde rezeki lagi nak bersalin secara normal. Jadi, masa tu la kali pertama saya menggunakan produk shaklee. Orang selalu cakap bila bersalin czer nanti, time pantang susah nak jalan la, sakit yang amat la. Tapi alhamdulillah, time pantang saya sangat mudah nak gerak. Luka czer saya cepat baik. Sampai orang tegur, 'operate ke tak ni?macam bersalin normal je..tak nampak sakit pun'..hehe. Even doktor pun dah pesan suruh makan sumber protein banyak2 untuk bagi luka cepat baik. Jadi saya pilih ESP sebagai sumber protein saya dan ternyata pilihan saya tepat!Jadi, amino acid apa yang boleh menyebabkan luka cepat baik?Jawapannya adalah histidine!!Histidine berfungsi untuk bina dan baiki tisu yang rosak. Ia sangat penting dalam mekanisma 'clotting factor' dan meminimumkan pendarahan dalaman. Boleh rujuk di sini.

2) Milk booster. Saya memang sudah berazam ingin menyusukan anak sehingga dia cukup 2 tahun. Jadi ESP la supplemen wajib saya untuk memastikan susu sentiasa ada dan juga susu yang dihasilkan lebih berkualiti. Sekolah Perubatan Universiti Michigan mengesyorkan untuk para ibu yang sedang menyusu untuk mendapatkan pengambilan protein 15g lebih daripada mereka tidak susukan bayi.

3) Masalah rambut gugur.  Selepas bersalin, masalah rambut gugur adalah perkara biasa bagi para ibu. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan hormon, stress dan persekitaran. Saya juga tak terkecuali dengan masalah ni. Rambut start gugur dengan dasyatnya bila anak masuk 5 bulan. Allah je la yang tahu bertapa stress nya tengok rambut gugur dengan banyaknye setiap hari sampai mak mertua pun tegur dah start nampak kulit kepala!!!waaa...tapi alhamdulillah, bila saya konsisten minum ESP dan cuba produk penjagaan rambut Shaklee, sekarang rambut gugur 2-3 helai sahaja setiap hari jika nak dibandingkan dengan 2-3 genggam sebelum ni!!Kenapa penting amino acid dengan rambut ni? Terdapat 4 amino acid utama yang diperlukan untuk menghasilkan keratin (komponen utama rambut), lysine, arginine, cysteine dan methionine. Manakala pengeluaran kolagen pula bergantung kepada akses kepada asid amino lysine , methionine , glycine dan proline. Lysine dan methionine adalah tergolong dalam kelas amino acid yang perlu di mana kita perlu dapatkan melalui diet kita. Entry akan datang saya akan kongsikan bagaimana saya selesaikan masalah rambut gugur saya.

4) Kulit lebih anjal dan kulit di tumit dah tidak merekah. Stretch mark pun makin pudar. Sebelum ni dah jadi tabiat saya suka main 'kutis' kulit mati di tumit kaki saya. Tapi sejak minum ESP, dah tak boleh dah buat semua tu sebab kulit tumit dah licin dan tak merekah!!Ini adalah kerana threonine memang memainkan peranan penting dalam keanjalan kulit ni.


5) Rasa lebih bertenaga dan kurang lapar. Sekarang, saya dan suami dalam misi nak menurunkan berat badan dan juga mendapatkan badan yang mantap. ESP banyak membantu untuk kami rasa kenyang berpanjangan. Kenapa? Sebab ESP mempunyai glycemic index yang rendah. Maksudnya, dia akan release tenaga sikit2 dan berpanjangan. Sebab tu rasa kenyang je..Memang sesuai buat sahur. Selain itu, ESP ada amino acid Valine yang mengandungi efek stimulan, Ia amat penting dalam metabolisma otot, pembaikan tisu dan mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan.

Ok, setakat ni baru 5 point yang saya dapat share. Anak dah start menangis..So, mommy-mode switch on!!Nanti saya share lagi apa yang best pasal ESP k. Baaannnnnyyyaaakkk lagi kebaikan nya yang saya nak share.

Jadi kat mana boleh dapatkan 'tepung ajaib' ni? Anda boleh hubungi saya di:

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.